Click here for Myspace Layouts

Thursday 10 May 2012

~Sunnah Nabi Yang Boleh Kita Amalkan~

Daripada Saidatina Aisyah yang maksudnya “Sepuluh perkara yang dikira sebagai fitrah (sunnah) iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke dalam hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinjak). Berkata Zakaria “Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur” (Hadis Riwayat Muslim)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud “Sudah ditentukan waktu bagi kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :"Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Lima perkara dari tuntutan agama, iaitu ; berkhatan, mencukur ari-air, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai."
(Hadis sahih riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis-hadis di atas dapatlah kita simpulkan bahawa 11 perkara sunnah yang dituntut untuk dilaksanakan di dalam kehidupan. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Memotong misai.
Abdullah bin Umar berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu.
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan al Baihaqi.)

Kedua : Memelihara janggut.
Dari Abi Imamah : Bersabda Rasulullah s.a.w maksudnya : "Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu, tinggalkan (jangan meniru) Ahl al-Kitab. (Hadis Sahih Riwayat Ahmad dan at Tabrani.)

Ketiga : Bersugi (mengosok gigi).
Dari Aisyah r.a. " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda : Bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya ". ( Hadis Riwayat Al Baihaqi )

Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w. telah bersabda : " Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwudhu' ". (Hadis Riwayat Ahmad)

Berdasar hadis di atas Nabi s.a.w menekankan bahawa bersugi adalah satu amalan yang amat dituntut kerana sekiranya bersugi ini tidak menyusahkan umatnya Nabi s.a.w akan menyuruh melakukannya ketika berwudhu'.

Bersugi merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. Solat yang dikerjakan dengan bersugi adalah 70 kali lebih baik daripada solat yang dikerjakan tanpa bersugi. Di riwayatkan dalam sebuah hadis, " Hendaklah kamu mengambil berat tentang bersugi, kerana bersugi mempunyai 10 faedah:-
1. Membersihkan mulut.
2. Menjadi sebab keredhaan Allah s.w.t.
3. Menyebabkan kemarahan syaitan.
4. Allah s.w.t. dan para malaikat mengasihi orang yang bersugi.
5. Menguatkan gusi.
6. Menghilangkan gelema.
7. Mewangikan mulut.
8. Menghapuskan safra (sejenis penyakit).
9. Menguatkan pandangan mata.
10. Menghilangkan bau busuk mulut.

Keempat : Memasukkan air kedalam hidung.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda maksudnya ; "Apabila kamu bangun dari tidurmu, hendaklah kamu bersihkan lubang hidungmu sebanyak tiga kali kerana syaitan menetap di dalamnya."

Dari Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda maksudnya ; "Jika salah seorang daripada kamu berwudhu' maka hendaklah memasukkan air ke dalam hidung kemudian mengeluarkannya semula."

Kelima : Memotong kuku.
Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan potong mula jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan.

Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku kaki atau tangan. Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong kuku adalah menghilangkan kekotoran yang melekat atau berkumpul di celahnya. Kotoran itu jika tidak dibersihkan akan dan boleh menghalang air ketika bersuci. Selain itu, jika kuku dibiarkan panjang segala kekotoran atau najis akan terlekat padanya dan nescaya ia menjejaskan kesihatan.

Menurut Imam Syafie dan ulamaknya, sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat seperti disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri dan Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang bersaf, kemudian mengerjakan solat sunat, dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata apa-apa hinga selesai solat, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dengan Jumaat sebelumnya” (Hadis Riwayat Ahmad).

Daripada Abu Hurairah maksudnya “Nabi saw memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk solat” (Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).

Sementara itu, menurut Ibnu Hajar, sunat memotong kuku pada Khamis, pagi Jumaat atau Isnin.

Islam sangat prihatin terhadap memuliakan anak Adam, termasuklah anggota badanya. Kuku yang dipotong, sunat ditanam dalam tanah sebagai tanda hormat kerana ia adalah anggota manusia.

Kitab al-Ihya’ Imam al-Ghazali ada menyatakan bahawa jika seseorang dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum mandi junub. Ini kerana potongan itu akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.

Tidak digalakkan memotong kuku pada waktu malam.

Keenam : Membasuh sendi-sendi.
Membasuh sendi-sendi tangan dan kaki merupakan sunnah yang bukan hanya tertumpu kepada wudhu' sahaja iaitu tiap-tiap pemisah-pemisah jari kerana ianya tempat berkumpulnya segala kotoran. Termasuk juga kotoran-kotoran di sekeliling telinga dan di dalam lubang telinga, kesemuanya perlu dihilangkan dengan basuhan kerana apabila ianya menjadi banyak akan memudaratkan kepada pendengaran. Begitu juga kotoran-kotoran yang di dalam hidung yang melekat di sisi-sisinya serta kotoran yang ada pada badan disebabkan peluh dan habuk. Dan juga celah-celah kelengkang perlu dibasuh kerana terkumpul peluh-peluh yang boleh menyebabkan berhimpunnya bakteria dan kuman.

Ketujuh : Mencabut bulu ketiak.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :"Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Lima perkara dari tuntutan agama, iaitu ; berkhatan, mencukur ari-air, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai."
(Hadis sahih riwayat Muslim)

Mencabut bulu ketiak: iaitu pada bahagian bawah di hujung pangkal tangan, samada lelaki mahupun perempuan sunat mencabutnya dengan menghilangkan bulu-buluannya. Diharuskan juga mencukurnya kerana tujuannya adalah membersihkan sehingga tiada lagi kotoran padanya serta menghilangkan bauan daripadanya. Waktu yang disunatkan bercukur adalah selamamana bulu-buluannya panjang berdasarkan perbezaan situasi seseorang itu. Begitu juga disunatkan bermula dengan tangan kanan.

Kelapan : Mencukur bulu ari-ari.
Mencukur ari-ari di dalam hadis digunakan dengan nama istihdad kiasan bagi mencukur ari-ari, iaitu buluan yang tumbuh di sekeliling zakar lelaki dan qubul perempuan atau di bahagian atas kedua-duanya. Merupakan sunnah sepertimana hadis-hadis yang jelas diterangkan sebelumnya. Diharuskan juga mencabut, menggunting atau menghilangkannya dengan alat-alat seperti kapur dan sebagainya. Tetapi yang paling afdal adalah mencukur. Seseorang itu mestilah mencukur dengan sendirinya. Jangan dibiarkan bulu ari-ari ini selama 40 hari.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud “Sudah ditentukan waktu bagi kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, " Wahai Iblis, siapakah orang yang terlebih engkau sukai?"

Berkata Iblis, " Orang yang sangat aku sukai ialah lelaki atau perempuan yang tidak mahu mencukur bulu ari-arinya (bulu yang tumbuh disekeliling kemaluan) dalam tempuh 40 hari, maka duduklah aku mengecilkan diriku disitu seperti kutu. Dan bersarang aku disana dan demikian juga aku akan bergantung dan berbuai-buai pada bulu ketiak yang tidak dicukurnya atau tidak dicabutnya dalam masa 40 hari."

Kesembilan : Bersuci dengan air (beristinjak).
Beristinjak menggunakan air sepertimana yang telah banyak dijelaskan dari hadis-hadis, iaitu beristinjak dengan air. Hukum bagi istinjak adalah wajib samada membuang air kecil atau besar, tetapi penggunaan air padanya merupakan di antara sunnah-sunnah fitrah.

Hadis Anas bin Malik r.a:
Suatu ketika Rasulullah s.a.w masuk ke sebuah kebun. Baginda diekori oleh seorang kanak-kanak yang membawa bekas air bersamanya. Dia adalah seorang sahabat yang termuda di kalangan kami. Bekas air tersebut diletakkan berhampiran dengan pokok bidara. Setelah Rasulullah s.a.w selesai membuang air besar, baginda pun keluar menemui kami setelah beristinjak dengan menggunakan air tersebut.
(Hadis Riwayat Muslim)

Kesepuluh : Berkumur-kumur.
Selain daripada berkumur-kumur semasa mengambil wudhu', berkumur-kumur juga digalakkan sebelum hendak makan kerana dapat membersihkan mulut sebelum makan dan selepas makan supaya sisa-sisa makanan yang berada dimulut dapat dibersihkan.

Kesebelas : Berkhatan.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :"Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Lima perkara dari tuntutan agama, iaitu ; berkhatan, mencukur ari-air, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai."
(Hadis sahih riwayat Muslim)

Hukumnya adalah wajib kepada lelaki dan perempuan berdasarkan sebutan di dalam hadis. Tiada ditegah daripada menyatakan wajib walaupun ianya adalah sunnah fitrah. Terdapat padanya persamaan di dalam dua perkara yang berbeza.

Di antara dalil yang mewajibkannya seperti yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda Sayyidina Ibrahim telah berkhatan iaitu ketika umurnya 80 tahun.
Firman Allah Ta'ala di dalam Al-Qur'an (surah An-Nahlu ayat 123) maksudnya :
“Hendaklah engkau menurut ugama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar”

Ini kerana, kalaulah ianya tidak diwajibkan, nescaya baginda tidak akan mendedahkan auratnya. Sekiranya bersunat itu sunnah, nescaya tidak akan membuka aurat orang yang diharamkan mendedahkannya. Bahkan syarak memerintah memotong sebahagian anggota yang sempurna, sekiranya ia tidak diwajibkan, nescaya tidak diharuskan.

Imam Syafi’i rahimahullah dan qaul yang diputuskan oleh jumhur berkhatan itu wajib bagi lelaki dan perempuan.

Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma'ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah s.a.w..di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab

Monday 7 May 2012

~3 Tingkatan Ilmu~

`Abdullah bin al-Mubarak mengatakan bahawa:

“Belajar ilmu itu mempunyai 3 tingkatan:

1) Barangsiapa yang sampai ke tingkatan pertama, dia akan menjadi seorang yang sombong. 

2) Barangsiapa yang sampai ke tingkatan kedua, dia akan menjadi seorang yang tawadhu`.
3) Barangsiapa yang sampai ke tingkatan ketiga, dia akan merasakan bahawa dia tidak tahu apa-apa.”

ALLAHU AKBAR! Kata-kata ini cukup dapat mengetuk jiwa ini! Betapa terzahirnya di sekeliling kita akan kelompok-kelompok manusia sesuai dengan apa yang disebut di dalam kata-kata di atas.

Yang dimaksudkan dengan sombong bagi peringkat pertama di atas ialah dia merasakan bahawa kononnya dia sudah tahu banyak perkara. Lalu dengan perasaan sombong dia mula berani mengatakan itu dan ini, melabel itu dan ini dan terburu-buru. Hal ini banyak kelihatan di sekeliling kita.

Ada yang sombong, angkuh dan besar diri dengan ilmu mereka. Ternyata mereka ini adalah golongan yang baru di peringkat awal menuntut ilmu. Ramai di peringkat ini. Bahkan kita semua juga masih di peringkat ini. Kita selalu berasa diri sudah hebat dan mengatakan orang lain salah disebabkan mereka tidak sama dengan pandangan atau pendapat atau ilmu atau pengalaman kita.

Mengetahui bahawa kita masih di peringkat pertama, justeru bersabarlah. Jangan terlalu lekas melabel. Teruskan belajar dan belajar supaya hikmah semakin menebal di dalam diri.

Golongan yang lebih tinggi dari golongan pertama ialah segolongan yang tawadhu` dengan apa yang ada pada mereka. Mereka merendah diri dengan ilmu mereka walaupun di dalam dada mereka sudah banyak ilmu dan pengalaman. Sebenarnya ilmu dan pengalaman yang banyak itulah yang menyebabkan mereka faham tentang hakikat ilmu. Lalu mereka berasa tawadhu`.

Dan yang paling tinggi dan hebat akan tingkatan ilmu mereka ialah apabila mereka merasakan mereka tidak tahu apa-apa. Ini kerana hakikat ilmu semakin jelas dan nyata di hadapan mata dan hati mereka. Semakin banyak pintu dan jendela ilmu yang dibuka, semakin banyak didapati pintu dan jendela ilmu yang belum dibuka. Justeru, mereka bukan sahaja tawadhu`, bahkan lebih mulia dari itu, mereka lalu berasakan mereka tidak tahu apa-apa lantaran terlalu luasnya ilmu sehingga mereka bisa lemas di dalamnya.

Fikirkanlah dan renungkan maksud kata-kata Ibnu al-Mubarak di atas. Moga kita dapat bermuhasabah dengannya.

ALLAHU A`LAM.

Tuesday 1 May 2012

~Fitnah Akhir Zaman~



AKU TELAH MENYAKINI BAHAWA TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


Wahai orang-orang Islam..!
Kembalilah kepada Allah Tuhan Sekalian Alam dengan taubat yang benar. Bersihkanlah tubuhmu daripada dosa dan dan noda. Berpalinglah kamu daripada segala yang sia-sia. Sucikanlah hatimu daripada segala aib cela dan najis-najis syirik. Maka sujudlah dihadapan Tuhanmu dengan hina dan kefakiran . Dan tangisilah dirimu sebab engkau masih terhalang dari taufiq dan kebenaran. Moga-moga Allah berkenan menghulurkan tangan rahmatNya kepadamu dan memimpin tanganmu kepada jalanNya yang benar.

Demi Tuhan yang nyawaku di dalam tanganNya.. Sesungguhnya zaman ini (1432H) kita berada dibawah langit dan bumi kemurkaan Tuhan. Terkecuali kita yang mendapat rahmat dan keampunan Allah SWT.

Pada hari ini syirik telahpun menguasai tauhid. Maksiat terlalu banyak dan taat hanya sedikit. Kemunafikan bermaharajalela, pendustaan dan bidaah agama merata-rata. Kejujuran dan keikhlasan sudah tiada.

Orang yang benar-benar takut kepada Allah hanya satu dalam beribu-ribu orang. Amanah Allah telah dikhianati dan ibadah sudah tidak diperduli lagi. Urusan dunia dipandang tinggi dan akhirat terus dilupai.

Mufti dan kadi-kadi mabuk dengan gaji yang menjadi tuhan-tuhan duniawi. Imam dan bilal sudah diikat dengan wang yang sedikit maka hilanglah takut kepada Allah bertukar rasa bimbang dan takut pada makhluk.

Perempuan dizaman ini telah hilang rasa malu dan harga diri. Berpakaian tetapi macam telanjang, memakai kain, baju nipis, berseluar ketat sendat dengan bangganya.! Mereka lalai dan tidak takut lagi kepada azab laknat Allah. Dan maka tercetuslah nafsu-nafsu lelaki menjadi buas dan zalim. Kejadian rogol dan pembunuhan tidak dapat dibendung lagi.

Penzinaan, berzina dan zina mata sudah menjadi kebiasaan. Minum arak menjadi kegemaran. Judi dan memakan riba’ menjadi kemegahan. Lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki. Dadah dan hiburan menjadi pemujaan.

Majalah mendedahkan tubuh wanita bebas terjual diserata tempat dan hasil jualannya diberi makan pakai kepada anak isteri..!

Tempat-tempat penginapan sulit, rumah-rumah rahsia gelap, filem-filem lucah, bar dan disco mendapat sambutan hangat dan pembelaan. TV dan suratkhabar menjadi rujukan dan kitab-kitab mereka dan rumah-rumah mereka telah menjadi panggung-panggung wayang..! Dan alim ulamak sudah tidak berani memberikan fatwa mengenai TV dan filem-filem yang bercanggah dengan syarak kerana hendak menjaga hati orangramai!

Masjid dan surau tidak lagi menjadi tempat tempat untuk mendekati diri kepada Tuhan tetapi menjadi tempat medan perebutan pangkat dan kemasyhuran. Permainan dan pekerjaan menjadi lebih utama daripada ibadat.

Sembahyang dan puasa sudah menjadi adat bukan lagi ibadat. Akhlak semakin rosak. Segala yang mereka hendak buat semuanya boleh belaka.! Tiada siapa yang berani menyekat atau mengatakan apa-apa halal atau haram.

Raja dan penguasa sudah tidak lagi peduli kepada amanah Allah. Pejabat agama sudah menjadi topeng dan boneka para penguasa negeri! Polis dan tentera menjadi alat kepada pemerentah yang zalim tidak mengikut petunjuk agama.

Masjid-masjid hanya tinggal jasad. Jasad yang dihati mereka tiada lagi taqwa dan ketika itu yang paling jahat ialah orang alim! Daripadanyalah datangnya fitnah dan kepadanya kembali fitnah itu. Mimbar-mimbar masjid sudah dicemari oleh daki-daki dunia dan debu-debu syirik. Dan al-Quran telah dipenjarakan di dalam masjid-masjid..!

Pada hari ini ramai orang fasih lidahnya tetapi buta hatinya. Orang jahil dan orang Islam terus dalam kejahilan. Tidak mahu belajar agama dan membaiki diri. Orang yang berilmu telah terpengaruh dengan keduniaan dan hati hati mereka telah menjadi buta. Menjadi alat kepada makhluk dan berpaling diri dari Tuhan.!

Alim ulama diam membisu masing-masing menjaga kepentingan diri. Takut hilang gaji dan pencen. Alim pendusta semakin ramai yang menjadi lidah-lidah kebatilan. Bagaikan lalat yang berebut-rebut menghinggapi najis yang busuk. Dan akhirnya, mereka tertimbus di dalam najis itu.!

Orang alim di akhir zaman ini, agama dijadikan alat cari makan dan yang paling jahat telah menjadi alat melawan Tuhan.! Mereka seperti lembu-lembu yang dicucuk hidungnya dengan tali dan ditarik sesuka hati tuannya..

Pakaian sunnah nabi menjadi dagang dalam negeri sendiri dan ulama moden lebih kasih bangga meniru pakaian barat yang yang menjadi musuh Islam. Golongan yang berjuang Islam masih lagi takut dan bimbang kerana mereka masih bergantung rezeki pada tangan makhluk. Dan mereka tidak yakin rezeki dalam tangan Tuhan! Menyebabkan fatwa agamanya menjadi longgar dan berbolah-balik. Ditipu nafsu sendiri kerana takutkan terlucut habuan dunia dari tangannya.
Rahsia zikir isbah dan zikir kuat sudah tidak difahami oleh ulama akhir zaman kerana dunia telah bertahta dihatinya dan tiada sifat merendah diri. Golongan toriqat pula terumbang ambing tanpa nasihat dan pimpinan guru mursyid yang benar dari Tuhan. Mursyid yang benar kadangkala ada tetapi sukar dikenali kerana ditudung oleh alim ulama dunia yang bimbang pengaruhnya akan hilang. Jalan tasauf amat sedikit pengikut tetapi banyak fitnah. Orang yang berjalanpun jarang yang sampai. Yang benar ada tetapi amatlah jarang. Menjadi musuh kepada ulama yang terhijab dengan Tuhan.

Jaga-jaga.! Ahli tasauf tiruan juga ramai dan kebanyakkannya mereka mengambil kesempatan duit dan perempuan. Meraba-raba hal ketuhanan di dalam gelap tanpa hidayah dari Tuhan dan akhirnya tergelincir kaki dan tersesatlah jalannya.!

Iman semakin menipis, janji Tuhan menjadi keraguan di dalam diri dan bala’ dari Tuhan tidak diperdulikan lagi.

Cinta dunia, cinta harta-benda, cinta pangkat dan cinta kebesaran dan lupa mati telah melanda masyarakat. Tamak, iri-hati dan fitnah-memfitnah. Khianat-mengkhianati, megah, sombong, lupa diri dan lupa Tuhan telah menjadi seperti kuman-kuman penyakit yang telah merebak wabak dikota dan didesa.

Suami-suami menjadi dayus tidak mendidik anak isteri kepada jalan taqwa. Isteri-isteri menjadi jari telunjuk di dalam rumah tangga.! Ramai isteri yang derhaka kepada suami..
Orang tua tidak lagi mengasihi golongan muda dan golongan muda tidak lagi menghormati orang tua.

Dan tugas nasihat-menasihati sudah tidak diamalkan lagi. Jalan dunia diperluaskan dan ramai teman-taulan. Jalan akhirat telah disempitkan, dikambus-timbus dan tiada teman-taulan.

Semuanya berada diatas jalan menaiki kenderaan, satu cita-cita satu tujuan. Mencari kepentingan dunia dan kebendaan. Inilah kebanyakkan orang di akhir zaman.. Dusta, penipu dan belit jadi mainan asalkan memdapat wang.! Mereka tidak lagi takut pada azab Tuhan.

Hukum hakam Tuhan diketepikan. Orang yang benar dihina dan dicela. Orang yang pendusta dipuji-puja. Benar dan salah tidak dapat dibezakan lagi kerana telah buta mata di dalam dada. Inilah tanda orang yang dusta dalam iman.!

Manusia ramai yang menjadi seperti haiwan. Hidup, makan, minum siang dan malam. Hawa nafsu menjadi tuhan. Iman telah tercabut dan akal nuraninya sudah padam dan menjadi rosak. Pemuda-pemuda tidak lagi sayangkan nyawa mereka,, berlumba-lumba motorsikal dan kereta ditengah jalanraya seperti dirasuk syaitan..!

Pemuda-pemudi bebas bebas berkeliaran memuaskan nafsu syahwat kebinatangan mereka. Wanita zaman ini tidak lagi peduli batas-batas aurat dan pergaulan mereka. Telah menjadi senjata-senjata syaitan. Mereka berpakaian seperti pelacur. Bermegah-megah dijalanan, tempat hiburan maksiat dan tempat membelibelah.

Anak-anak ramai yang telah menderhaka pada ibubapa dan ibubapa pun juga ramai yang telah menderhaka pada Allah dan RasulNya.

Nasihat yang benar tidak didengari dan amaran Tuhan tidak dipedulikan lagi. Batas-batas Islam sudah mula pecah dan banjir kekufuran melanda negeri… Allah! Allah..!
Ajaran nabi sudah banyak dibuang dan ditambah sesuka hati, sunnah nabi telah ditinggalkan. Tuhan hanyalah tinggal namaNya sahaja. Bukan lagi yang dipuja, yang disembah dan yang ditaati.

Ruh imannya telah mati dan hanya jasad yang menunggu maut. Islam hanya tinggal namanya . Al-Quran hanya tinggal huruf-hurufnya sahaja. Zaman ini ramai manusia telah berpaling daripada Allah dan berhadap kepada makhluk.

Hanya sedikit orang yang hatinya rindu pada akhirat. Dan amat sedikit orang yang dapat merasai kelazatan, kecintaan dan kerinduan pada Allah. Apatah lagi mengenal Allah, Tuhan pencipta sekalian alam..!

Manusia dizaman ini tamak dan haloba dengan nikmat Allah tetapi mereka tidak mahu taat kepada Allah. Manusia mengetahui Allah ada tetapi mereka tidak mahu mengenal Allah dan berhadap kepada Allah. Mereka menyembah Allah tetapi tidak berusaha mengenali Allah.

Alangkah murkanya Allah.! Tidakkah mereka tahu bahawa hanya Allah sahaja tuhan yang wujud di dalam alam ini..
Manusia ramai yang tidak bersyukur dengan nikmat Allah. Rezeki yang Allah kurniakan kepada mereka, mereka anggap dari usaha
mereka sendiri dan dari cerdik pandai mereka. “Barangsiapa yang tidak turut perintah Allah,tidak bersyukur dengan nikmat Allah dan tidak redha barang yang Allah takdirkan kepadanya maka carilah Tuhan yang lain daripada Allah dan janganlah duduk di dalam dunia Allah ini.”

Wahai orang Islam yang masih hidup hatinya..! Sebarkanlah, tiupkanlah dan nyalakanlah semula ruh jihad di dalam dirimu. InsyaAllah..! Islam akan akan bersinar kembali. Inilah fitnah di akhir zaman.

Maka tunggulah, tunggulah perang dari Tuhan Maharaja Yang Maha Perkasa..

“Wahai orang-orang yang beriman..! Janganlah kamu mengkhianati terhadap Allah dan RasulNya dan jangan pula khianati barang yang diamanahkan kepada kamu sedang kamu mengetahuinya.”

Dan moga-moga kami dan kamu diselamatkan oleh Allah daripada kesesatan. Amin….





::maaf di atas segala kekurangan diri ini, aku menyampaikan bukan bererti akulah yang terbaik, tetapi melaluinya aku berusaha untuk membaiki diri ini.. 

~RELA DI HINA DARI DI PUJI MANUSIA…~

Sesungguhnya aku lebih suka kata2 penghinaan, celaan dan kutukan kerana ianya dapat membunuh dan menghancurkan nafsu jahat (sifat ego, takabbur, sombong, megah dan lain2) serta dapat menghidupkan hati yang membawa rasa hina diiri lantas terus kembali berhadap kepada ALLAH..


Maka apabila ada orang yang menghina, mencela dan mengutukmu maka ucapkan lah ALHAMDULILLAH dan terima kasih kepada mereka kerana telah membantu dan menolong mu membunuh nafsu jahat mu seperti ego, sombong dan takabbur yang tiada layak untuk mu berjalan pada jalan ALLAH..


Jika tiada orang yang mencela, menghina dan mengutuk mu maka kutuk, cela, hinalah dirimu sendiri supaya tiada ada lagi sifat2 keji dalam diri dan agar hati tetap suci untuk menerima cahaya dan nur islam, iman dan makrifat......


Jangan sekali2 bagi ruang dan peluang kepada orang untuk memuji dan menyanjung mu kerana itu adalah racun berbisa yang boleh membunuh hatimu dan akan menghidupkan nafsumu. Jika orang memujimu maka bersegeralah kembali kepada ALLAH mohon keampunan atas yang demikian itu....


Andainya kita tetap sibuk dengan mencari aib diri sendiri serta sibuk menyucikannya nescaya kita tiada masa untuk menilik dan melihat aib orang lain bahkan tiada sempat untuk mengatakan aib orang lain...


Sesungguhnya apabila hati telah suci daripada segala yang aib nescaya akan terbuka segala yang ghaib..


Apabila hati telah benar2 suci, nafsu telah kembali tenang maka datanglah segala cahaya2 menerangi ruang hati yang berupa sifat2 terpuji dan segala kurniaan yang besar daripada ILAHI....


Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (hatinya). Sungguh rugi orang yang mengotorinya..... ASY SYAMS: 9-10

Wallahu a'lam…

 ::sumber dari seorang rakan fb ana, moga dengan perkongsian ini akan memberikan manfaat tuk kita semua, insya'Allah..

~KENAPA SAMPAI BERSIFAT SOMBONG..???~



Berkata Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani..


Wahai kaumku..!!
Tinggalkan perasaan menyombong diri terhadap ALLAH dan terhadap makhluk ALLAH SWT..
Kenali diri kamu dan rendahkan dia.. Bukankah kamu bermula dari setitik air mani yang kotor dari air hina dan akhir kamu menjadi bangkai yang tercampak.. Jangan jadi seperti orang dikuasai sifat tamak dan dibelenggui hawa nafsu, lalu nafsunya memimpinnya ke pintu-pintu para sultan dan pengusaha untuk menadah tangan meminta sesuatu yang mungkin belum ditetapkan menjadi bahagiannya, ataupun memang ada bahagiannya akan tetapi dimintanya dengan perasaan hina dan merendah diri..

Nabi SAW pernah mengingatkan..

" Seberat-barat balasan ALLAH Azza Wajalla kepada hamba-NYA ialah bila dia meminta sesuatu yang belum tentu menjadi bahagiannya.."

Celaka engkau..!!
Wahai sang jahil dengan qadar (ketetapan ALLAH TA'ALA) dan maqdur (yang sudah ditetapkan), apakah engkau menyangka bahawa anak-anak dunia itu berkuasa memberimu sesuatu yang belum menjadi bahagianmu..??..!!! Akan tetapi ini semua adalah waswas syaitan yang telah menembusi hatinya dan pemikiranmu.. Kalau begitu engkau ini bukan hamba ALLAH Ta'ala, akan tetapi hamba nafsu, hamba jiwamu, hamba syaitanmu, hamba tabiatmu, dan hamba wang ringgitmu..!! Usahakan dirimu agar engkau dapat melihat orang yang berjaya (yakni menetap dalam jalan ALLAH) supaya engkau mencontohinya…

Ada yang mengatakan: Siapa yang tiada melihat orang berjaya itu (Muflih) dia tidak akan berjaya.. Mungkin engkau telah melihat orang yang berjaya itu, tetapi engkau melihatnya dengan mata kepalamu, bukan dengan mata hatimu dan batinmu. Dan imanmu itu bukan iman yang mendorongmu, sebab itulah engkau tidak punya mata hati (bashirah) yang dapat engkau melihat orang lain dengan cahayanya… ALLAH telah berfirman..:

".. Maka sesungguhnya bukanlah buta itu pandangan mata, akan tetapi buta hati yang ada di dalam dada.."
(Al-Haj : 46)

ALLAHU AKBAR..!!!!!


Sumber dari..
KURNIA RABBANI LIMPAHAN RAHMANI
m.s 90

Karya .:
Syeikh Abdul Qadir Al Jailani..

Terjemahan..:
Syed Ahmad Semait..