Click here for Myspace Layouts

Saturday 10 March 2012

~Apabila Final Hampir Tiba~

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua.. Sekarang saya dan kawan-kawan(student2 diploma uitm) akan menghadapi final exam yang akan bermula 12 march ini. Disini bukannya saya nak cakap tentang diri saya akan menghadapi final ini tetapi sebagai peringatan untuk sahabat-sahabat dan juga untuk diri saya sendiri bagi menghadapi ujian yang besar bagi setiap individu yang bergelar mahasiswa/wi. Apabila tiba or dekat dengan final exam je, maka ramai antara kita yang cemas bukan, yang berasa gelabah,takut,gementar dan macam2 lagi la, kerana masing-masing fikir bahawa, aku masih belum bersedialah untuk menghadapi final ini. Banyak test kot aku fail, carrymark pun berapa je, jika yang 40% aku yang dpt tak sampai pun separuh. Betul tak apa yang saya katakan ini? Anda jawablah sendiri, tepuk dada, tnya iman.. Nasihat saya kepada sahabat-sahabat semua janganlah takut,sedih dan cemas untuk menghadapi final exam ini kerana jika anda ingin lari ke, ia tetap akan berlaku jugakan, macam maut la, kan dalam Al-Quran Allah swt telah berfirman dalam surah Yunus ayat 49 yang Bermaksud:
        "Katakanlah, "Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudaratan dan tidak(pula) kemanfaatan kepada      diriku,melainkan apa yang dikehendaki Allah."Tiap-tiap umat mempunyai ajal.Apaibila telah datang ajal mereka,maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan(nya).."

Wahai saudaraku sekalian, ingatlah memang setiap individu mahukan pointer(GPA or CGPA) yang baik dalam hidupnya, tapi ingatlah jika anda sudah berusaha sedaya upaya tapi gagal or mendapat result yang kurang baik maka, anggaplah ia sebagai ujian daripada Allah kepadamu, sebagai tanda kasih sayangNya. Ingatlah mana mungkin Allah akan menzalimi hambanya bukan. Sentiasa bersangkal baik kepadaNya. Selain kita berusaha bersungguh-sungguh jangan dilupa untuk sentiasa memohon kepada Allah, ingat kita study2 juga hingga lewat pagi, tapi janganlah subuh kita terlepas, bagaimana nak masuk apa yang di ajar sedangkan kita meninggalkan perkara yang wajib. Ingatlah ilmu itu adalah milik Allah, kita hanya di beri pinjam je.



Tip untuk menghadapi final exam

1)Ulang kaji soalan-soalan past year(Analisis soalan)
2)Banyakkan berdoa kepada Allah, agar dimudahkan untuk memahami sesuatu subjek dan agar dapat menjawab dengan senang ketika final nanti.
3)Selalu membuat solat hajat(sebelum dan selepas exam sampai result keluar)
4)Memohon restu darpida kedua-dua ibu bapa(Rehda Allah terletak kepada kedua rehda ibu bapa,)
5)Jangan tinggal solat 5 waktu. Jika boleh lazimkan solat berjemaah, sekurang-kurangnya 1 waktu setiap hari(di galakkan untuk kaum adam shj).
6)Jangan tidur terlalu lewat, pastikan minda kita tidak tertekan dan dapatkan rehat yang secukupnya.
7)Jangan terlalu risau untuk final, cuba tenangkan fikiran dengan medengar bacaan ayat suci Al-Quran, ceramah dan lagu-lagu nasyid.
8)Untuk sentiasa mengingati bacalah ayat "Wala yassir, Wala tu'ssir"
9)last sekali jika dah usaha,tawakal je kat Allah, insya'Allah kejayaan bersama anda.

Saya ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua yang akan menghadapi final exam ini, "Man Jadda wa Jadda". Maaf jika ada salah apa-apa ekk..

No comments:

Post a Comment