Click here for Myspace Layouts

Tuesday 6 March 2012

~Jangan Bersedih (La Tahzan)~





    Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang di uji, yang telah diuji dan yang masih belum diuji. Sedarilah 


bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini sahaja,maka akan pasti celaru fikiran anada dan 


akan kacau semua urusan dan akan semakin menggunungkan kesedihan dan kegundahan dalam diri anda.




Sebab kenapa kite jangan bersedih


1)Jangan bersedih.. Cinta Allah dan Rasulullah menjamin kebahagiaan. Ingatlah cinta manusia akan


 layu,sesungguhnya walau bagaimanapun kita sayang kepada seseorang iyu, maka suatu hari nantipasti dia 


akan mati "Kullu nafsi za'ikhatuh maut",Setiap yang bernyawa pasti akan mati.  


2)Jangan Bersedih...Rehda dengan anugerah Allah membuat anda kaya di dunia. Apabila kite selalu rehda 

dengan apa yang telah di anugerahkan oleh Allah, maka kita akan merasakan segala yang di anugerahkan 

oleh Allah adalah cukup. Ingatlah harta dunia tidak boleh dibawa mati, yang mampu menolong kite hanyalah

 3, iaitu ilmu yang bermanfaat, doa anak yang soleh dan sedekah yang ikhlas.


3)Jangan bersedih ... Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya Yang Maha 

Luas.Jika kita pernah melakukan kesalahan samaada dosa besar atau kecil maka kembalilah kepada Allah, 

Insya'Allah Allah akn menerima taubat kita, sebaik2 taubat adalah taubat nasuha. Segala dosa Allah akan 

ampunkan kecuali dosa syirik. Dalam surah an Nisaa' ayat 48 Allah swt berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari  (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar".

4)Jangan Bersedih.. Semata-mata disebabkan anda berbeza dengan orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan sendiri. "...boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu:Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah:126)

5)Jangan Bersedih... Bila disakiti,dicela, direndahkan atau dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku 
adalah dugaan dari Yang Maha Esa. Kita ambil contohnya Rasulullah S.A.W begitu tabah menghadapi 

segala cemuhan daripada musyrikin quraisy di awal penyebaran dakwahnya, sampai Rasulullah dan para

sahabat di pulau, tapi kita lihat sekarang Islam telah diterima di serata dunia. Ingatlah Islam pernah 

memerintah 2/3 dunia pada masa lalu.. Biarlah apa orang nak cakap pasal kita kerana kita tidak boleh 

menghalang orang untuk berhenti mengata kita. Sesungguhnya doa orang yang dizalimi sentiasa  dimakbulkan 

oleh Allah.


6)Jangan Bersedih.. Sesungguhnya setelah kesusahan akan ada kemudahan.".. kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"(Alam Nasyrah:5)



7)Jangan bersedih.. kerana kesedihan anda akan membuatkan musuh anda gembira.






Wahai sahabat-sahabatku, jangalah bersedih, dunia ini terlalu hina untuk di tangisi. Bak kata orang2 alim dunia ini ibarat penjara, tapi ibarat syurga bagi orang2 yang fasik.. nauzubillahi min zallik..





No comments:

Post a Comment