Cinta?? Pasti setiap manusia yg normal akn mempunyai perasaan cinta bukan? Pernahkah anda jatuh cinta? Soalnya adakah cinta kita benar2 cinta? Adakah ia berpaksikan kepada iman atau kerana nafsu semata-mata. Kita lihat keadaan muda-mudi zaman sekarang banyak yang hanyut dengan cinta mereka bukan, yang sedihnya rata2 mereka adalah muda-mudi melayu, yang secara umumnya adalah beragama Islam. Saya bukannya cakap cinta ini salah tetapi jika kita belum ada sebarang ikatan, belum di ikat oleh ijab and qabul so ia adalah haram. Lihat sajalah bagaimana peragai muda-mudi yg bercouple ini lalai and hanyut dengan dunia mereka, tinggal keluarga demi kekasih. lupakan belajar, sehingga ada yang telah terlanjur, nauzubillah. Mungkin ini dunia akhir zaman. Ingatlah wahai saudara-saudaraku sekalian sesungguhnya kita tidak usah risau lagi tentang jodoh jika kita baru masuk umur 20-an kerana jodoh kite hanya Allah sahaja yang mengetahui. Mungkin kita sekarang syok nak kat seseorang itu sekarang tapi mane kite tahu suatu hari nanti orang yang kita suka itu berkahwin dengan orang lain bukan. Ingatlah selagi kita bergelar manusia ,
Manusia merancang. Allah juga merancang. Namun, "Wallahu Khairul Maakirin." ( Allah lah sebaik-baik perancang segala rencana. )
Bagi saya jika kite cinta sandarkan jika itu hanya kerana Allah, jika ada jodoh maka adalah jodoh kita. Tapi jika inginkan jodoh yang baik maka kita perlulah menjadi baik dahulu. Firman Allah dlm surah An-Nuur ayat 26:
" Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),
dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).."
Cuba kita perhatikan maksud ayat di atas Allah SWT telah menyatakan bahawa laki-laki yang baik hnya untuk wanita yang baik bukan, so kita tak usah takut tentang jodoh kita..
No comments:
Post a Comment